CTPD2025/S5: REMOTE PILOT CERTIFICATE OF COMPETENCY – BASIC (RCOC-B) FOR OPERATOR
Kursus CTPD2025/S5: “Remote Pilot Certificate of Competency – Basic (RCoC-B)” telah berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober 2025 di Drone Academy Asia, Cyberjaya. Kursus ini direka khas bagi memberikan pendedahan menyeluruh kepada kakitangan JTB berkaitan operasi dron secara profesional dan mengikut peraturan penerbangan awam di bawah MCAR 2016.
Sepanjang lima hari latihan, peserta telah mempelajari 10 modul utama seperti asas UAS (Unmanned Aircraft System), undang-undang penerbangan, keselamatan operasi, penyediaan manual operasi (Operations Manual) serta beberapa modul yang berkaitan. Kursus ini turut menekankan aspek praktikal seperti perancangan misi penerbangan, penilaian risiko, simulasi penerbangan, serta latihan kawalan dron sebenar.























