CTPD2025/J7C: ADVANCED TRAINING OF LIDAR DATA ACQUISITION AND PROCESSING FOR LICENSED LAND SURVEYOR

PEJUTA > CTPD > CTPD2025/J7C: ADVANCED TRAINING OF LIDAR DATA ACQUISITION AND PROCESSING FOR LICENSED LAND SURVEYOR

CTPD2025/J7C: ADVANCED TRAINING OF LIDAR DATA ACQUISITION AND PROCESSING FOR LICENSED LAND SURVEYOR

Kursus CTPD2025/J7C: “Advanced Training of LiDAR Data Acquisition and Processing for Licensed Land Surveyor” telah berjaya dilaksanakan pada 22 hingga 24 Oktober 2025 bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Johor. Penceramah untuk kursus kali ini adalah Dr. Mohd Radhie Mohd Salleh, Pensyarah dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kursus lanjutan ini memberi tumpuan kepada pengukuhan kemahiran teknikal Juruukur Tanah Berlesen (JTB) dalam pengumpulan dan pemprosesan data LiDAR (Light Detection and Ranging). Melalui sesi teori dan latihan secara hands-on, JTB berpeluang memahami dengan lebih mendalam kaedah terbaik untuk merancang dan melaksanakan pengumpulan data dalam pelbagai situasi sebenar di lapangan.

Program ini turut menyediakan platform untuk JTB berkongsi pengalaman dan amalan terbaik dalam penggunaan teknologi LiDAR bagi tujuan pemetaan dan ukur kejuruteraan.